Satu link untuk kedai anda. Pelanggan pilih menu, isi alamat, tekan satu butang — order terus masuk WhatsApp anda. Tanpa app. Tanpa komisen.
Kedai Makan Anda
order online • COD • QR
Nasi Lemak Special
RM 6.00
Kombo Jimat
RM 9.00
Inilah yang pelanggan anda akan nampak
Setiap hari, masa anda habis layan benda yang sama...
Pelanggan tanya "menu apa ada hari ni? harga berapa?" — anda taip benda sama 20 kali sehari, tangan tengah sibuk masak.
Order masuk bersepah — "nak 2 bungkus" tapi tak bagitahu alamat, tak bagitahu nak bayar macam mana. Kena tanya balik satu-satu.
Nak masuk platform delivery besar? Komisen sampai 25-30% setiap order. Untung nipis terus jadi hampir tiada.
Silap kira total, terlupa satu item dalam order panjang — pelanggan tak puas hati, anda yang rugi.
3 langkah sahaja, dan anda tak perlu pandai IT langsung
Bagi kami nama kedai, menu & harga, dan no WhatsApp anda. Kami siapkan semuanya.
Link khas untuk kedai anda. Share di WhatsApp Status, Facebook, TikTok — mana-mana.
Pelanggan order, anda terima mesej lengkap: item, jumlah, alamat, cara bayaran. Terus sediakan.
Bukan nombor giliran dalam app orang lain. Ini page kedai ANDA, dengan nama dan banner kedai anda.
Tukar menu, harga, gambar — bila-bila masa, dari telefon. Tak perlu tunggu sesiapa.
Pelanggan pilih tunai semasa terima, atau scan QR DuitNow anda dan bayar dulu. Duit masuk terus akaun anda.
Highlight item promo dengan badge istimewa. Set item kombo dengan free delivery untuk naikkan nilai setiap order.
Cuti? Habis stok? Satu tekan, page anda papar "kedai tutup sementara". Buka balik bila sedia.
Bukan app. Pelanggan klik link, terus boleh order. Makcik pakcik pun boleh guna.
Jual RM1,000 sebulan, komisen 25%:
-RM250
hilang setiap bulan, makin laris makin banyak hilang
Jual RM1,000 atau RM10,000 sebulan:
Yuran Tetap
0% komisen. Setiap sen jualan, anda punya.
Nota: platform delivery sesuai untuk capai pelanggan baru. Orderlah sesuai untuk pelanggan setia & kawasan anda sendiri — tanpa bagi komisen.
Lebih murah dari sekali bayar komisen platform delivery
Setup RM100
RM50 setup sekali
+ RM15/bulan
Tiada kontrak. Berhenti bila-bila masa.
Ini kedai demo yang berfungsi 100%. Tekan, pilih menu, tengok sendiri macam mana pelanggan anda akan order.
Buka Kedai DemoKami yang setupkan semuanya. Anda cuma perlu bagi menu dan harga. Lepas siap, nak tukar harga pun semudah isi borang — kalau boleh guna WhatsApp, boleh guna sistem ini.
Tidak. Pelanggan cuma klik link — page terus terbuka dalam browser telefon. Tiada app, tiada daftar akaun, tiada password.
Terus kepada anda. COD = pelanggan bayar tunai semasa terima. QR = pelanggan scan QR DuitNow anda sendiri, duit masuk terus akaun bank anda. Kami tak pegang duit anda langsung.
Selalunya dalam 24 jam selepas anda hantar menu lengkap. Ada yang siap hari yang sama.
Boleh, bila-bila masa melalui panel admin anda. Tambah item baru, tukar harga, tanda promo, atau tutup kedai sementara — semua dari telefon anda sendiri.
Untuk rekod jualan penuh, resit, dan dashboard bisnes, kami ada sistem POS lengkap (POSKedai). Boleh mula dengan Orderlah dulu, upgrade bila bisnes makin besar — tanya kami di WhatsApp.
...anda cuma perlu hantar satu link. Itu sahaja.
Mula Sekarang — WhatsApp KamiBalas dalam masa bekerja. Tiada bayaran sehingga anda sahkan setup.